Usaha dan peluang besar

 Ada seorang pemuda memohon kerja sebagai tukang sapu dekat microsoft. Dalam interview yang beliau hadiri, beliau dikehendaki menunjukkan cara beliau menyapu lantai sebagai ujian.


Selepas HR tersebut melihat cara beliau menyapu lantai, HR tersebut terus beritahu “you are appointed”

“Boleh bagi alamat email, nanti saya akan send borang untuk awak isi.”

Lalu lelaki tadi jawab, “saya tak ada komputer apatah lagi alamat email”

HR tu terus beritahu “maaf, kalau awak tak ada alamat email pada zaman sekarang, itu bermaksud awak tak wujud langsung di dunia ni. Orang yang tak wujud di dunia ni tak boleh bekerja dengan kami”

Lelaki tadi terus beredar dengan perasaan yang hampa. Masa tu duit dalam poket tinggal $10 je. Lelaki tu tak tahu apa nasib beliau lepas tu.

Lelaki tu kemudiannya memutuskan untuk pergi ke supermarket dan beli 10KG tomato dengan duit yang beliau ada tu.

10kg tomato tu, beliau bawa ke perumahan lalu beliau ketuk satu-satu pintu rumah untuk menjual tomato tu. Dalam masa 2 jam, beliau berjaya menjual semua tomato tu dan menggandakan duit beliau tadi.

Lelaki tersebut ulang proses tadi sebanyak 3 kali hari tu. Akhirnya, beliau berjaya pulang dengan duit sebanyak $60 pada hari tersebut.

Lelaki tersebut sedar yang beliau ada bakat menjual secara door to door, lalu beliau tekad untuk buat benda yang sama setiap hari. Sejak haritu, beliau berjaya menggandakan duit beliau setiap hari sehingga akhirnya beliau mampu untuk membeli truck sendiri.

5 tahun kemudian, syarikat beliau menjadi salah satu food retailer terbesar dekat US.

Lelaki tu kemudian mula merancang tentang masa depan keluarga beliau dan mula melanggan insurans sebagai protection beliau.



Apabila ejen insurans minta email beliau, beliau menjawab;
“Saya tak pernah memiliki sebarang alamat email.”

Ejen insurans tu terkejut lalu berkata “ awak tak memiliki alamat email tapi awak mampu membina empayar bisnes yang besar macam ni, bayangkan kalau awak ada alamat email?”

Lelaki tadi termenung, lalu menjawab, “kalau saya ada alamat email, saya akan jadi tukang sapu dekat microsoft”

Kawan-kawan,
Kadang-kadang kita tak faham ujian Allah. Perkara yang remeh temeh pun boleh menyebabkan kita kehilangan peluang besar.

Tapi Allah tu maha kuasa dan maha adil, Dia dah sediakan sesuatu yang lebih besar untuk kita di depan hari.

Yang penting kita jangan putus asa. Usahalah sehabis boleh. Rezeki ada di mana-mana.

Semoga bermanfaat.

- sumber fb -